Wednesday, October 8, 2014

Contoh Saiz Banner Iklan Paling Popular


Contoh Saiz Banner Iklan Paling Popular | Assalammualaikum dan salam sejahtera. Gambar diatas merupakan Contoh Saiz Banner Iklan Paling Popular yang admin rujuk dari Pakarniaga.com.

Saiz iklan yang bakal digunakan berbeza-beza mengikut ruang yang khas untuk iklan bagi setiap blogger. Namun demikian, terdapat saiz banner yang telah menjadi ‘standard’ & paling kerap digunakan oleh blogger. Berikut adalah saiz-saiz banner untuk rujukan.


SAIZ BANNER 125X125

Saiz banner paling popular ialah yang berwarna hijau iaitu 125×125. Banner sebegini sering digunakan boleh blogger untuk mengiklankan produk melalui program Affiliate & biasanya mempunyai 4 unit & dipasang di sidebar blog.

SAIZ BANNER PALING POPULAR

Saiz banner yang paling popular terutamanya dalam pengiklanan Google (Adwords atau Adsense), ialah bertanda biru. Antaranya ialah:
  • 336×280
  • 300×200
  • 250×250
  • 728×90
  • 468×60
  • 120×600
  • 160×600

Saiz banner yang lain-lain yang berwarna merah adalah yang kurang popular & ia disediakan di sini bagi tujuan rujukan.

SAIZ BANNER PALING MENGUNTUNGKAN

Saiz iklan yang mana satu paling ideal? Yang mana satu boleh memberi lebih pendapatan dalam pengiklanan?

Perkara ini agak subjektif. Hal ini kerana iklan bergantung kepada lokasi strategik yang anda boleh implimentasikan di halaman blog, kandungan blog yang releven, trafik yang tinggi serta jumlah bayaran untuk setiap klik atau ‘impression’ pada iklan tersebut.

Bagi memastikan pelawat tertarik melihat iklan, saiz banner yang besar adalah ‘eye cache’. Sebagai contoh, saiz banner 336×280. Hal ini kerana lebih banyak pelawat dapat melihat iklan dengan jelas, lebih besar peluang pelawat tertarik dengan iklan tersebut.

No comments:

Post a Comment